fb fb fb fb fb

Modric menyasarkan kejuaraan Liga Negara-Negara UEFA 2023

(FOTO AFP)

DOHA,18 Disember-Luka Modric mendedahkan akan menyambung karier antarabangsanya sehingga 2023 dan menyasarkan untuk memenangi Liga Negara-Negara UEFA 2023.

Pemain berusia 37 tahun itu memperolehi penampilan ke-162 buat negaranya selepas Croatia menewaskan Maghribi 2-1 malam tadi.

Sebelum ini, Modric berjaya membantu negara berkenaan memenangi naib juara Piala Dunia 2018 di Rusia setelah tumpas ditangan Perancis.

Croatia kini dalam usaha bagi memenangi kejuaraan Liga Negara-Negara UEFA yang menampilkan empat pasukan iaitu Belanda, Italy dan Sepanyol.


(Luka Modric (tengah) bersama Mateo Kovacic, (kiri) dan Ivan Perisic, (kanan) meraikan
kejayaan Croatia menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 2022 / FOTO AFP)


"Itu perancangannya", kata Modric ketika ditanya tentang hasratnya untuk bermain diperingkat antarabangsa.

"Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk tidak bermaindi Liga Negara-Negara UEFA. Kita lihat sahaja nanti. Saya semestinya bermain pada kejohanan itu", jelas Modric.

Croatia tewas kepada Argentina pada peringkat separuh akhir Piala Dunia Qatar, namun Modric menegaskan pasukannya kini berada pada kedudukan setanding dengan pasukan-pasukan elit dunia.

"Kami telah mencapai sesuatu yang hebat buat bolasepak Croatia. Kami hanya selangkah bagi menjadi juara," katanya kepada stesen televisyen HRT.

"Kami pulang ke Croatia sebagai juara. Kami telah membuktikan kami konsisten. Croatia tidak boleh dilihat sebagai 'kuda hitam' tetapi sebagai kuasa bolasepak dunia," kata Modric lagi.-AFP

Media Baharu