fb fb fb fb fb

Bandar Guadalajara, Monterrey jadi tuan rumah pusingan playoff Piala Dunia 2026 Mac depan

Maskot rasmi Piala Dunia 2026, Zayu, Cluth dan Maple bergambar di jalanan Guadalajara, salah satu bandar tuan rumah kejohanan tersebut/ REUTERS

ZAPOPAN, 19 November – Bandar Guadalajara dan Monterrey akan menjadi tuan rumah pusingan playoff antara konfederasi Piala Dunia 2026 pada bulan Mac depan, menurut kenyataan FIFA pada Rabu.

Enam negara daripada lima konfederasi akan bertanding untuk merebut dua slot terakhir ke Piala Dunia pertama yang melibatkan 48 pasukan, yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Perlawanan playoff dijadual berlangsung pada 23 hingga 31 Mac di dua stadium yang juga akan menjadi venue perlawanan akhir Piala Dunia 2026.

Negara yang layak ialah Iraq (AFC), Republik Demokratik Congo (CAF), Bolivia (CONMEBOL), New Caledonia (OFC), Jamaica dan Suriname (CONCACAF).

Undian untuk kejohanan playoff akan diadakan di ibu pejabat FIFA, Zurich, Switzerland pada Khamis, bersama dengan undian playoff Eropah. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN