fb fb fb fb fb

Kejohanan Olahraga Asia: Umar sasar perbaharui rekod kebangsaan

(FOTO RTM)

PATTAYA, 11 Julai - Pemegang rekod 400 meter kebangsaan, Umar Osman menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya menjelang kejohanan Olahraga Asia yang bakal membuka tirainya bermula esok

Umar berkata dia menganggap catatan masa yang baik mampu meningkatkan motivasinya bagi memberi persembahan terbaik di kejohanan tersebut.

"Setelah memenangi acara 400 meter di Sukan Sea baru-baru ini, saya menjadi perhatian.

"Saya perlu mengekalkan persembahan dan anggap ia sebagai motivasi untuk pergi lebih jauh.Insya-Allah saya akan buat yang terbaik di sini", katanya.

Menurut Umar, cabaran tentunya terarah kepada atlet-atlet dari negara Timur Tengah dan menganggap ia sebagai satu cabaran buat dirinya.

"Pencabar utama saya ramai. Kalau diikutkan ranking, saya dianggap sebagai 'underdog'.

"Tentunya cabaran datang daripada atlet-atlet Timur tengah (Arab)", katanya di sini.

Pada Sukan SEA yang berlangsung di Phnom Penh Mei, lalu Umar mencipta sensasi apabila merangkul pingat emas acara 400 meter sekaligus memecahkan rekod kebangsaan yang berusia 22 tahun dengan catatan 45.34 saat.

Kejayaan itu memadam rekod 46.41 saat milik Mohd Zaiful Zainal Abidin pada Kejohanan Olahraga remaja Asia 2001 di Brunei.


(Atlet Olahraga negara, Umar Osman)

Media Baharu