fb fb fb fb fb

OCA sahkan takraw kekal dipertandingkan pada tiga edisi Sukan Asia

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 11 Julai - Majlis Olimpik Asia (OCA) mengesahkan sepak takraw kekal dipertandingkan dalam tiga edisi Sukan Asia akan datang, dari 2026 hingga 2034.

Perkara itu dimaklumkan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).

Tiga edisi tersebut akan berlangsung di Jepun, Qatar dan Arab Saudi.

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan, ia merupakan pengiktirafan besar kepada sukan sepak takraw.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada OCA yang telah bersetuju memberi peluang kepada ASTAF dan ISTAF.

Pertandingan sepak takraw akan berada di Sukan Asia Jepun 2026, Doha 2030 dan Riyadh 2034 nanti", katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sepak takraw akan dipertandingkan pada Sukan Asia Hangzhou, China, yang dijadual berlangsung bermula 23 September hingga 8 Oktober depan.


(Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader)

Media Baharu