fb fb fb fb fb

Kejohanan Olahraga Asia B-20: Aidil raih gangsa

Pelari muda negara, Pengiran Aidil Auf Hajam / Foto FB Sabahfirstinfo

DUBAI, 27 April - Pelari muda negara, Pengiran Aidil Auf Hajam menghadiahkan kilauan pingat kedua buat Malaysia pada kejohanan Olaharaga Asia Bawah 20 tahun di sini.

Aidil menamatkan aksi final 200 meter lelaki di tempat ketiga sekali gus menghadiahkan gangsa kedua negara.

Kejayaan itu menyusuli rakan seperjuangannya, Ng Tak Sing yang turut menghadiahkan pingat sama dalam acara lompat kijang.

Atlet berasal dari Sandakan, Sabah itu melakukan catatan 21.28 saat sekali gus memperbaharui catatan masa peribadi terbaiknya 21.33 saat.

Pingat emas dalam acara itu dimenangi pelari Thailand, Wirayut Daenkhanob manakala perak diraih atlet Hong Kong, Magnus Prostur Johannsson.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD