fb fb fb fb fb

Cabaran Asia Selangor 2024: SFC kenduri gol

Foto FB selangorfc

PETALING JAYA, 27 April - Selangor FC (SFC) membuka kempen Cabaran Asia Selangor (SAC) 2024 dengan bergaya selepas membelasah wakil Brunei, DPMM FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Jumaat.

Pada aksi terbabit, The Red Giants mendahului menerusi sepakan percuma pada minit ke-14 yang disempurnakan Noor Al-Rawabdeh.

Alvin Fortes kemudian meletakkan Selangor dalam kedudukan selesa apbila menyumbat gol kedua pada minit ke-29.

Tuan rumah terus garang dengan meraih dua lagi gol masing-masing mennerusi Al-Rawabdeh dan Fortes pada babak kedua perlawnan.

Dengan kemenangan dan empat gol berjaya dihasilkan, skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tujuh mata untuk mendahului saingan selepas satu perlawanan.

Sebagai rekod, format SAC 2024 menyaksikan setiap kemenangan akan mendapat tiga mata.

Manakala setiap jaringan akan dikira sebagai satu mata tambahan dengan pasukan teratas liga akan dinobatkan selaku juara.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Selangor FC, Mohd Nidzam Jamil berkata, beliau bepuas hati dengan aksi yang di tunjukan anak buahnya.

Menurutnya, kesemua pemain mempamerkan komitmen yang baik di atas padang.

"Saya berasakan bahawa para pemain berada pada landasan yang tepat daripada segi sikap dan mentaliti.

"Kita dapat lihat permainan pada separuh masa pertama dan kedua. Semuanya berbeza. Secara taktikalnya ia memuaskan", kata Nidzam yang ditemui media selepas perlawanan di sini.

Selangor FC akan bertemu kelab Laos, Young Elephants FC untuk perlawanan kedua, malam esok (Ahad).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD