fb fb fb fb fb

Kejohanan Muay Thai Piala TYT tarik penyertaan negara jiran

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim (tengah) elepas membuat kunjungan hormat ke atas Tun Dr Wan Junaidi di Astana Negeri / FOTO UKAS

KUCHING, 1 Oktober- Seramai 200 pserta akan beradu tenaga dalam Kejohanan Muay Thai Piala Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar 2024 yang akan bermula pada Khamis sehingga Ahad ini.

Kejohanan tersebut akan diadakan di Panggung Udara, Jalan Budaya, Kuching.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim memberitahu acara pembuka tirai dimulakan dengan sesi pengenalan peserta di Amphitheater Tebingan Kuching pada 3 Oktober.

Ujarnya, negara luar yang turut serta kali ini termasuk Indonesia, Brunei dan Thailand, selain, peserta dari kelab seluruh negara.

Beliau menyeru orang ramai untuk memeriahkan kejohanan tersebut kerana pelbagai acara menarik telah disusun atur.

Manakala perlawanan bagi pelbagai kategori akan bermula pada Jumaat sehingga pagi Ahad.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Tun Dr Wan Junaidi di Astana Negeri hari ini.

Tun Dr Wan Junaidi dijangka akan menyaksikan sendiri perlawan kemuncak bagi kategori 'pro fight' pada malam Sabtu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE