fb fb fb fb fb

Kejohanan jemputan Piala Thanh Nien di Vietnam pendedahan awal pemain baharu skuad B-19 negara

(Jurulatih Skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras ditemu bual media sewaktu ketibaan skuad negara
dari Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang)

SEPANG, 13 Ogos - Kekalahan skuad bawah 19 (B-19) negara apabila muncul naib juara kejohanan jemputan Piala Thanh Nien di Vietnam tidak melemahkan semangat jurulatih, Hassan Sazali Waras.

Beliau menganggap perlawanan jemputan di Vietnam itu sebagai pendedahan awal pada skuad kedua kerana rata-rata pemain negara merupakan pemain baharu berbanding negara lain yang menyertai kejohanan jemputan itu seperti Myanmar dan Vietnam yang membariskan skuad utama.

Hassan juga berpuas hati dengan pemain yang diturunkan ketika perlawanan kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang walau pun baharu didedahkan dengan perlawanan di peringkat antarabangsa.

(Skuad B-19 negara tewas kepada Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 selepas kedudukan
terikat 1-1 pada aksi final kejohanan jemputan Piala Thanh Nien)

"Muka-muka baharu yang saya bawa bagi kejohanan ini, saya cuma ada enam pemain saja yang 'regular' sewaktu kejohanan AFF yang lepas, jadi positif saya lihat pemain yang ada pada kejohanan ini, mereka menunjukkan satu prestasi yang baik untuk saya menilai atau melihat mereka bagi saya senaraikan bagi latihan pusat," kata beliau ketika ditemui Berita RTM sewaktu ketibaan skuad negara dari Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Pada aksi final Khamis lalu, skuad B-19 negara tewas kepada Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 selepas kedudukan terikat 1-1 pada masa penuh permainan.

Media Baharu