BUKIT JALIL, 12 Ogos - Pelbagai hadiah dan aktiviti menarik bakal menanti pengunjung Program Menjelang Sepak Mula Piala Dunia FIFA Qatar 2022, yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini di Piazza Pavilion Bukit Jalil.
Bukan itu sahaja mereka yang bercita-cita menjadi pengulas sukan juga berpeluang menyerlahkan bakat masing-masing.
Program anjuran Bahagian Program TV RTM itu turut akan dimeriahkan dengan kehadiran pemain bola sepak bawah 19 tahun kebangsaan, Zuryhakim Zafran serta Nazirul Aziem Zamzuri dan Alkausal Jarah daripada skuad bawah 17 tahun negara.
(Mohd Akhtar ketika ditemui pemberita RTM)
"Beberapa segmen seperti 'games corner' kami meletakkan segalanya mengenai bola sepak tag ball, fus ball dan juga paper ball, di zaman saya bola sepak kertas disediakan untuk anda jika berminat untuk mencuba selain itu kepada sesiapa berminat mencuba nasib sebagai pengulas sukan boleh juga hadir di sini 'talent corner'," kata Penyelaras Program, Mohd Akhtar Hamzah di sini.
Program selama dua hari itu bakal dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.