fb fb fb fb fb

Barca berjaya ikat Lewandowski, Kessie, Christensen dan Raphinha

(Penyokong Barcelona mengibarkan bendera semasa perlawanan bola sepak persahabatan Piala Joan Gamper ke-57
di antara Barcelona dan Club Universidad Nacional Pumas/ AFP)

BARCELONA, 13 Ogos - Kelab Barcelona berjaya mendaftarkan pemain baru Robert Lewandowski, Franck Kessie, Andreas Christensen dan Raphinha pada tepat hari Jumaat menjelang perlawanan pembukaan La Liga menentang Rayo Vallecano pada hari Sabtu.

Bagaimanapun, pertahanan Perancis, Jules Kounde kekal tidak berdaftar dengan La Liga.

Barcelona telah membelanjakan 153 juta Euro untuk yuran perpindahan sahaja bagi mengukuhkan skuad mereka, dengan Lewandowski merupakan ketibaan pemain baharu yang paling ketara dari Bayern Munich.


(Robert Lewandowski (dua dari kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukan semasa perlawanan bola sepak
persahabatan Piala Joan Gamper ke-57 di antara Barcelona dan Club Universidad Nacional Pumas/ AFP)

Perjanjian itu dibuat setahun selepas Barca terpaksa membiarkan Lionel Messi ke PSG ketika gergasi Catalan itu bekerja keras di bawah hutang yang menyukarkan dengan jumlah dilaporkan sebanyak 1.35 bilion Euro.

Berdepan dengan had perbelanjaan yang terhad untuk mematuhi kawalan kewangan La Liga, Barcelona perlu mengumpul wang dengan segera untuk melabur dalam pembelian dan yang penting, bagi mendaftarkan pemain baharu. -AFP

Media Baharu