fb fb fb fb fb

Kejohanan Hoki Kebangsaan B-16: 27 pasukan bakal berentap bermula Rabu ini

(Gambar Fail/ FB MHC)

BUKIT JALIL, 11 Jun- Kesatuan Hoki Malaysia (KHM) akan menganjurkan Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 tahun yang akan adakan pada 15 hingga 25 Jun ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Ia selepas kejayaan menganjurkan Kejohanan Karnival Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) Bawah 17 Tahun 2022.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Kesatuan Hoki Malaysia (KHM), Datuk Sri Dr. Anil Jeet Singh, sebanyak 27 pasukan akan mengambil bahagian kali ini.

Bagi kategori lelaki, 13 pasukan sudah mengesahkan kehadiran mereka melibatkan semua negeri kecuali Kedah manakala 14 pasukan bagi kategori wanita.

Penganjuran kali ini juga ditanggung sepenuhnya oleh KHM.

"Tak pernah negeri-negeri dapat ' free'. Kali ini, kita MHC yang tanggung semua dengan kos lebih kurang RM600,000 ke RM700,000 juga. Itu salah satu usaha di pihak kami untuk menganjurkan kejohanan percuma untuk semua," katanya.


(Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Kesatuan Hoki Malaysia (KHM), Datuk Sri Dr. Anil Jeet Singh)

Bagi wang hadiah kemenangan pula katanya, ia masih lagi dalam perbincangan.

Kejohanan liga ini dianjurkan bagi memastikan bakat hoki negara terus berkembang dan dalam masa sama ia memberi peluang kepada semua pasukan negeri membuat persiapan bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan pada September ini.

Media Baharu