fb fb fb fb fb

Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2022: Eain Yow layak ke pusingan separuh akhir

BUKIT JALIL, 11 Jun- Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow semakin hampir mengakhiri kemarau kejuaraan selepas berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2022.

Turut layak, pilihan pertama kejohanan kategori wanita, S. Sivasangari.

Pada pertemuan yang berlangsung di Bukit Jalil itu, Eain Yow hanya memerlukan 18 minit untuk membenam pemain muda, Lim Kai Shan dengan keputusan 11-5, 11-3, 11-1.

Eain Yow selepas ini akan berdepan cabaran pemain nombor tiga negara, Mohammad Syafiq Mohd Kamal yang juga mudah mengatasi lawannya di suku akhir.

Turut layak, juara bertahan, Ivan Yuen.

Dalam saingan wanita, juara bertahan, Sivasangari Subramaniam berjaya menewaskan Aira Azman.

Dia terpaksa bermain dalam 4 set sebelum menumpaskan lawan yang juga merupakan adik kepada pilihan kedua kejohanan, Aifa Azman,11-3,11-5,5-11,11-5.

Sivasangari akan berdepan pilihan ketiga kejohanan, Rachel Arnold dalam aksi separuh akhir.

Satu lagi pertembungan akan mempertemukan Aifa Azman dan Chan Yiwen.


(Pemain skuasy lelaki nombor satu negara, Ng Eain Yow)

Media Baharu