PARIS, 30 Ogos - Cabaran beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 berakhir pada peringkat suku akhir.
Ini selepas bekas juara dunia 2022 itu tewas kepada wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 12-21, 19-21 dalam aksi selama 43 minit.
Perkembangan tersebut sekali gus menyaksikan tiada wakil beregu lelaki yang mara ke pusingan separuh akhir hari ini.
Hanya dua gandingan akan beraksi pada pusingan separuh akhir iaitu beregu wanita utama Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.