NEW YORK, 30 Ogos - Pemain tenis wanita nombor satu dunia Aryna Sabalenka mara ke pusingan ke-16 terbaik Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan pemain Kanada, Leylah Fernandez.
Juara bertahan itu mengatasi Fernandez 6-3, 7-6 dalam masa satu jam 39 minit di Stadium Louis Armstrong.
Kemenangan tersebut sekali gus mengubati kekecewaan Sabalenka yang tewas pada aksi separuh akhir kepada pemain sama pada Terbuka Amerika Syarikat 2021.
"Saya mahu membalas dendam selepas tewas pada 2021. Ini kerana sejak kekalahan saya, kami tidak pernah bertemu lagi sehinggalah hari ini.
"Saya hanya mahu membuktikan kepada diri sendiri bahawa kekalahan tersebut memberi pengajaran berharga kepada saya. Saya berusaha menjadi pemain terbaik," katanya.
Pada perlawanan pusingan ke-16 esok, pemain berusia 27 tahun itu dijadual berdepan Cristina Bucsa.