fb fb fb fb fb

Kejohanan B-12 F&N Magnolia jadi acara tahunan sekolah

Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan, Ithnin Mahadi (tengah) menerima tajaan daripada Pengarah, Libat Urus Kerajaan dan IndustriFraser & Neave Holdings Bhd, Norazrin Norsyam Yee (kiri) pada sidang akhbar Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun F&N Magnolia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Turut hadir Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia, Norismadi Abdul Manap (kanan).

KUALA LUMPUR, 22 Ogos - Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun (B-12) F&N Magnolia bakal dijadikan acara tahunan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSPK).

Edisi sulung menghimpunkan juara Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berlangsung 13 hingga 16 Oktober di SMK USJ 23, Subang Jaya dengan penyertaan 288 pemain daripada 16 pasukan.

Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri F&N, Norazrin Norsyam Yee berkata penganjuran ini menjadi pemangkin pembangunan bola sepak akar umbi selain menyokong pertumbuhan kanak-kanak sekolah rendah.

Sementara itu, Pengarah BSPK, Ithnin Mahadi menegaskan kejohanan empat hari itu mampu menjadi platform pencarian bakat baharu untuk diketengahkan ke sekolah sukan di seluruh negara.###

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI