fb fb fb fb fb

Kejayaan anak muda Malaysia di persada dunia: Emman Azman juara gusti MCW Intercommonwealth

(Emman Azman juara gusti Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth / Foto FB malaysia Pro Wrestling)

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Siapa sangka anak muda kelahiran Malaysia, Emman Azman diangkat sebagai juara gusti Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth.

Beliau menewaskan ahli gusti profesional Australia Mick Moretti dan Adam Brooks yang turut bertanding pada 26 November lalu di Thornburry Theatre.


(Emman Azman juara gusti Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth / Foto FB malaysia Pro Wrestling)

Emman yang dikenali sebagai 'Golden Boy' menyatakan hasrat beliau untuk membawa nama Malaysia ke persada dunia dan ingin dirinya dicontohi golongan muda lain yang meminati gusti.

"Slowly emman memang hendak orang tahu siapa kami dan kenapa kami boleh jadi Pro Wrestler dan boleh menang tali pinggang overseas juga.

"Kalau emman tidak boleh buat contoh ini, macam mana orang lain nak ikut jejak langkah saya. Macam mana orang nak ikut jadi peninju jika mereka ingat kami tidak boleh keluar dari negara sendiri, tidak salah jika kita bermimpi an mempunyai impian untuk masuk sehingga ke peringkat Amerika Syarikat iaitu WWE, walaupun itu hanya mimpi, tapi sebenarnya kita boleh buat macam itu,"katanya.

Emman memulakan kerjaya sebagai ahli gusti profesional sejak tahun 2014 dan merupakan antara empat pelajar terawal di Malaysia Pro Wrestling Centre (MYPW).

Tambahnya, beliau akan pulang ke tanahair pada Jumaat ini untuk meraikan kejayaan beliau.

Beliau akan membawa pulang tali pinggang kejuaraan Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth.

Media Baharu