fb fb fb fb fb

Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam pada aksi penuh kontroversi

HANOI, 28 Disember- Skuad Harimau Malaya mengalami kekalahan pertama dalam aksi kumpulan B selepas tumpas 0-3 kepada tuan rumah, Vietnam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh, di sini malam tadi turut menyaksikan kedua-dua pasukan hilang seorang pemain akibat dilayangkan kad merah.

Vietnam meraih gol pembukaan pada minit ke-28 menerusi tandukan Nguyen Thien Linh hasil sepakan sudut.

Juara dua kali itu kemudian terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Nguyen Van Toan menerima kad kuning kedua kerana mengasari Dominic Tan pada minit ke-32.

Bagaimanapun situasi itu tidak meruntuhkan moral tuan rumah apabila meledak dua gol lagi pada babak kedua.

Skuad kendalian Park Hang Seo menambah gol selepas dihadiahkan sepakan penalti kontroversi yang menyaksikan pemain pertahanan negara, Azam Azmi dibuang padang pada minit ke-62.

Que Ngoc Hai tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut sebelum jaringan Nguyen Huang Duc minit ke-83 melengkapkan kemenangan Vietnam.

(Reaksi kecewa pemain kebangsaan selepas tewas 0-3 kepada VietnamĀ 
di Stadium My Dinh / Foto BERNAMA)

Kemenangan itu membolehkan Vietnam merampas kedudukan pendahulu Kumpulan B dengan mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.

Malaysia dan Singapura yang juga mengumpul 6 mata berada di kedudukan kedua dan ketiga berikutan perbezaan jaringan.

Singapura akan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari depan.

Media Baharu