fb fb fb fb fb

Kedah rancak buru anak tempatan perkuat pasukan hadapi MPFL 2024

Foto Facebook KFA

ALOR SETAR, 29 Januari- Persatuan Bolasepak Kedah, KFA kini sedang rancak memburu ‘anak tempatan” untuk mewakili skuad Futsal Kedah bagi menghadapi Kejohanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024.
 
Terbaharu, 35 pemain dari Zon Utara Kedah terpilih untuk menjalani sesi pemilihan terakhir skuad Futsal Kedah 2024 yang dijadual berlangsung pada Februari ini.

Kesemua pemain tersebut, antara 70 pemain yang hadir pada sesi pemilihan peringkat Zon Utara di Darul Aman Sport Arena, Jitra, Jumaat lalu.
 
Persatuan Bolasepak Kedah, KFA dalam kenyataan memaklumkan, pemain yang terpilih berpeluang untuk menyarung jersi skuad Futsal Kedah bagi menghadapi MPFL 2024.
 
Sebelum ini, seramai 30 pemain berjaya melepasi saringan pertama (Zon Selatan) yang diadakan di Amanjaya Sport Arena, Sungai Petani pada 20 Januari lalu.
 
Kesemua yang terpilih akan menjalani saringan pada sesi ketiga iaitu sesi pemilihan terakhir kelak.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD