fb fb fb fb fb

Kedah bakal berdepan lawan sukar, Visakha FC pada aksi terakhir Piala AFC 2022

(Aksi pasukan Kedah selepas menewaskan kelab dari Filipina, Kaya FC-iloilo 4-1/ KDA FC)

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Kedah Darul Aman (KDA) FC menghidupkan semula peluang untuk beraksi pada pusingan kalah mati, selepas menewaskan kelab dari Filipina, Kaya FC- Iloilo 4-1.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu kini berada di tangga ketiga kumpulan G, berkongsi 3 mata dengan Bali United FC.

Pasukan itu kini ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Visakha FC.

(Pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak)

"Kemenangan ini menyuntik lagi semangat kepada pemain untuk lebih komited melalui saingan akan datang kerana kita boleh lihat sekarang Malaysia, Viskha FC dan Bali masing-masing mempunyai tiga mata.

"Ini juga menjadi pembakar semangat kepada pemain setelah Bali tewas kepada Visakha FC menjadi permulaan yang baik untuk pasukan Kedah," jelas Aidil Sharin pada sidang media di Bali, Indonesia.

"Saya bersyukur pasukan ini telah memberikan aksi terbaik dan ada keazaaman untuk menang menentang Visakha FC nanti," tambahnya lagi.

Kedah bakal berdepan lawan sukar, Visakha FC pada aksi terakhir kumpulan, Khamis ini.

Media Baharu