OVIEDO, 22 Jun- Kelab dari kelab dari Segunda División (divisyen kedua) Liga Sepanyol, Real Oviedo mengesahkan kemaraan ke LaLiga musim hadapan selepas menewaskan Mirandes menerusi agregat 3-2 dalam aksi play-off promosi yang berlangsung Sabtu.
Dalam perlawanan timbal balik di Estadio Carlos Tartiere, Oviedo bangkit menewaskan lawan 3-1 selepas tewas pada aksi pertama.
Gol-gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Santi Cazorla, Ilyas Chaira dan Francisco Portillo, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh ribuan penyokong yang membanjiri stadium.
Kemenangan itu menamatkan penantian 24 tahun kelab dari wilayah Asturias di barat laut Sepanyol untuk kembali bersaing dalam liga utama bola sepak Sepanyol.
Real Oviedo akan menyertai Levante dan Elche sebagai tiga pasukan baharu ke LaLiga musim 2025/2026, menggantikan Leganes, Las Palmas dan Valladolid yang tersingkir ke divisyen kedua.
“Kami sukar ungkapkan apa maknanya pencapaian ini. Para pemain ini adalah wira, setiap seorang daripada mereka. Mereka layak menerima penghormatan,” kata ketua jurulatih Oviedo, Veljko Paunovic kepada LaLiga TV.