fb fb fb fb fb

215 peserta meriahkan PJ International Tower Run

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon

PETALING JAYA, 22 Jun- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terus mengukuhkan komitmennya dalam membudayakan gaya hidup sihat dengan penganjuran PJ International Tower Run 2025.

Acara larian ikonik yang kini memasuki edisi ketiga itu menggabungkan cabaran fizikal dan kekuatan mental melalui larian menara berperingkat.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon berkata Seramai 215 peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

Jelasnya, para peserta diuji dengan ketahanan diri untuk menawan 552 anak tangga merentasi 25 tingkat, sambil menikmati panorama Petaling Jaya.

"PJ International Tower Run 2025 bukan sekadar pertandingan, ia adalah simbol kekuatan komuniti, aspirasi gaya hidup sihat dan platform bakat tempatan menonjol di persada dunia," katanya.

Beliau ditemui ketika hadir melepaskan peserta PJ International Tower Run 2025.

Dalam pada itu, MBPJ merakamkan penghargaan kepada semua peserta, penganjur dan rakan strategik atas sokongan berterusan dalam menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya yang aktif, progresif dan mampan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE