ITALI, 22 Jun- Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli terus membuktikan statusnya sebagai pelumba paling konsisten musim ini apabila menamatkan Perlumbaan 2 Pusingan Keempat Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) di tempat kedua, dalam aksi mendebarkan di Litar Mugello, Itali.
Pelumba berusia 17 tahun itu yang bermula di petak kelima hanya tewas 'satu tayar' kepada pelumba Indonesia, Veda Ega Pratama dalam satu perlumbaan sengit dan menarik pada hujung perlumbaan.
Namun terpaksa akur di belakang pelumba Indonesia, dengan perbezaan hanya 0.011 saat.
Hakim mencatat masa keseluruhan 26 minit 44.358 saat, bangkit meyakinkan selepas gagal menaiki podium dalam Perlumbaan 1 semalam.
Podium itu sekali gus menjadikannya antara pelumba stabil di atas litar sepanjang musim RBMRC 2024.
Dengan kutipan 148 mata, Hakim terus menguasai kedudukan teratas carta keseluruhan, 32 mata mengatasi pencabar utama dari Sepanyol, Brian Uriarte, selepas lapan perlumbaan.