SANDAKAN, 27 September – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan setiap keputusan pemberian kewarganegaraan dibuat berlandaskan Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemberian taraf kewarganegaraan adalah urusan sah di bawah KDN, yang dilaksanakan secara berlapis serta mematuhi sepenuhnya peraturan Perlembagaan
“Proses pemberian warganegara ini adalah satu proses yang sangat teliti, sangat teliti.Ketua Setiausaha akan mempengerusikan peringkat jawatankuasanya dia teliti semua dan apa yang kita teliti terhadap semua dokumen yang dikemukakan semua sekali.
"Dokumen seperti mana yang diperlukan mengikut undang-undang dan dalam kes ini kesemuanya itu kita kumpulkan ketika membuat keputusan tersebut setelah kita menerima permohonan dan kita melakukan proses mengikut peraturan tertib dan perutukan undang-undang” katanya.
Saifuddin menegaskan, KDN kekal komited memastikan setiap kelulusan kewarganegaraan dibuat dengan penuh integriti dan ketelusan demi menjaga nama baik negara.
FIFA sebelum ini dilaporkan mengenakan tindakan ke atas FAM selepas mendapati terdapat Tujuh pemain naturalisasi Harimau Malaya yang tidak memenuhi kriteria ditetapkan badan induk bola sepak dunia itu untuk beraksi di peringkat antarabangsa.
Perkara itu kini dalam proses rayuan rasmi oleh FAM.
