fb fb fb fb fb

KDA FC terima tajaan daripada HYL Marketing Sdn Bhd

Foto Facebook KDA FC

ALOR SETAR, 19 Jun-KEDAH Darul Aman (KDA) FC menerima suntikan semangat apabila menerima tajaan RM100,000daripada rakan rasmi baharunya, HYL Marketing Sdn Bhd (Xpress Point) bagi musim 2024-2025.

Menerusi laman Facebook, KDA FC meluahkan rasa gembira dengan sokongan yang diberikan oleh rakan rasmi baharu kedai serbanekanya itu.

Menurutnya, kerjasama tersebut melibatkan sumbangan wang tunai dan barangan melalui penganjuran aktiviti bersama pasukan dan penyokong.

KDA FC berkata, syarikat itu menyokong usaha penjenamaan yang sedang dilakukan oleh Sang Kenari dan ini adalah tahun pertama Xpress Point bekerjasama sebagai rakan rasmi

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD