fb fb fb fb fb

KBS teliti pemberian geran padanan kepada setiap negeri

Hannah Yeoh

KUCHING, 19 Ogos- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti pemberian geran padanan secara sama rata kepada semua negeri bagi tujuan menaik taraf fasiliti sukan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, pemberian geran padanan itu adalah mengikut model digunakan dalam liga bola sepak negara setiap negeri diberikan sebanyak RM500,000.

Langkah berkenaan bagi membantu setiap negeri menyediakan fasiliti sukan sebagai usaha melahirkan atlet-atlet berkualiti.

"Jadi saya mahu gunakan model seperti liga bola sepak dimana setiap negeri diberikan RM500,000 dan terpulang kepada negeri untuk mainkan peranan mereka," katanya.

Hannah berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan ke Pusat Akuatik Pandalela Rinong bagi menyaksikan acara terjun Sukan Malaysia ke-21, di sini.

Dalam pada itu berkenaan perkembangan sukan terjun negara, Hannah telah meminta pengarah teknikal untuk membantu melihat pendekatan untuk membawa bakat muda bukan sahaja untuk SUKMA malah turut dapat beraksi di Olimpik.

Selain itu beliau juga berharap dalam perancangan bajet negeri masing-masing untuk mempertimbangkan pertambahan bajet dalam pembangunan sukan .

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI