fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Wilayah Persekutuan dominasi pentas gimnastik

Foto BERNAMA

KUCHING, 19 Ogos- Wilayah Persekutuan terus mendominasi pentas gimnastik selepas mengungguli saingan gimrama menerusi acara bola dan gelung yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Menerusi SUKMA Sarawak 2024, Nur Zharifah Wong Rudy Kurniawan berupaya mempamerkan aksi kreatif dalam saingan acara gelung, sekali gus memukau para juri untuk meraih 26.550 mata.

Itu juga adalah emas kedua diraih beliau selepas mengungguli saingan berpasukan wanita.

Sementara itu, pingat perak menjadi milik atlet Negeri Sembilan, Dhaffatul Nurbaiti Harman manakala gangsa diraih Lee Li Momoka Sam dari Selangor.

Sementara itu, dalam acara disiplin bola, atlet Cassidy Jia Xin Tan, menghadiahkan satu lagi emas untuk Wilayah Persekutuan selepas mengumpul mata tertinggi.

Itu juga adalah emas peribadi ketiga Cassidy selepas cemerlang dalam acara berirama berpasukan dan 'all-around' individu.

Pingat Perak turut dimenangi atlet Wilayah Persekutuan, Rhea Dhaliwall manakala atlet Selangor, Lee Li Momoka Sam berpuas hati dengan pingat gangsa.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM