KUCHING, 19 Ogos- Persembahan cemerlang penerjun Sarawak, Elvis Priestley Clement membolehkan beliau meraih emas acara tiga meter papan anjal SUKMA 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong Kuching hari ini.
Elvis Priestley berjaya mengumpul 415.15 mata dalam saingan akhir itu.
Sekali gus menewaskan dua pencabar dari Wilayah Persekutuan, Rui Jie Yong (tempat kedua) dan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim (tempat ketiga).
"Untuk second 'dive' saya fikir positif sebab banyak peluang untuk saya pecut...cuma saya fikir positif," kata Elvis Priestley kepada pemberita di sini.