fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Nur Zharifah Wong hadiah emas untuk Wilayah Persekutuan

Foto BERNAMA

KUCHING, 19 Ogos- Nur Zharifah Wong Rudy Kurniawan menghadiahkan pingat emas kepada Wilayah Persekutuan dalam acara Gimnastik Gimrama Wanita Gelung pada SUKMA Sarawak 2024, hari ini.

Aksi ligat atlet itu berjaya memukau para juri dengan markah 26.550.

Sementara pingat perak disandang atlet Negeri Sembilan, Dhaffatul Nurbaiti Harman dengan markah 24.700.

Gangsa pula diperoleh Lee Li Momoka Sam dari Selangor dengan markah 23.650.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM