fb fb fb fb fb

KBS mohon maaf, sasaran emas Olimpik pertama tidak kesampaian

Foto BERNAMA

SEPANG, 14 Ogos- Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas kontinjen negara gagal membawa pulang pingat emas pertama di Sukan Olimpik di Paris 2024.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kontinjen negara menunjukkan peningkatan prestasi pada edisi kali ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan program Road To Gold (RTG) adalah untuk dua kitaran Olimpik yang merangkumi Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

"Terlebih dahulu, saya bagi pihak kontinjen Malaysia memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana masih belum berjaya untuk membawa pulang pingat emas pertama untuk negara."

"Saya tidak gunakan perkataan gagal kerana seperti yang diumumkan Road To Gold (RTG) adalah untuk dua olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028," kata Hannah kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Tambahnya, pihak Jawatankuasa RTG akan mendapatkan laporan daripada setiap pasukan sebelum membentangkannya di Parlimen.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM