fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Sarawak, Perak kongsi mata selepas seri 4-4

Pertembungan pasukan Sarawak dan Perak berlangsung dengan penuh mendebarkan disaksikan oleh lebih 3,000 penonton di Kota Samarahan/Foto UKAS

 KUCHING, 13 Ogos - Sarawak dan Perak berkongsi satu mata dalam saingan Futsal Lelaki Kumpulan B, apabila terikat seri pada kedudukan 4-4 di Stadium Tertutup Kota Smarahan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sini hari ini.

Pada babak pertama, Perak berjaya mendahului 3 gol menerusi Danish Syaufi Firhan Ramlie, Muhammad Haziyhidawi Mazlan, Amirul Aiman Mohamad Hamdan.

Tuan rumah ketinggalan merapatkan kedudukan dengan gol sendiri oleh pemain Perak dan Asyraff Zakaris.

Hanya pada babak kedua, Sarawak sekali lagi dihadiahkan gol sendiri pemain Perak yang dijaringkan Mohamad Amirul Aiman.

Mohamad Aedel Izzwan berjaya meletakkan Sarawak dihadapan dengan gol ke-4.

Namun kelalaian bentang Sarawak dihukum pada saat akhir perlawanan dengan gol ke-4 oleh pemain Perak, Abdul Hadi Muhamad Azhan.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, Selangor menang tipis 3-2 ke atas Johor.

Kali terakhir acara futsal dipertandingkan di SUKMA adalah pada 2018 di Perak.

GRACE AISYAH KEDAYAN