KUALA LUMPUR, 2 November- Hasrat beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Hylo 2025 di Saarbrucken, Jerman, tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan tiada wakil negara akan beraksi di pentas akhir selepas pasangan itu menjadi wakil tunggal negara yang berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir di kejohanan bertaraf Super 500 itu.
Pada aksi tersebut pasangan pilihan ketiga kejohanan tewas straight set 21-16, 21-15 dalam tempoh 34 minit.
Kekalahan itu merupakan yang ketiga buat Wei Chong-Kai Wun dalam empat pertemuan dengan beregu negara itu sebelum ini dan hanya menang sekali pada Terbuka Indonesia tahun lepas -BERNAMA