fb fb fb fb fb

Swiatek mula kempen WTA Finals penuh bergaya

Pemain dari Poland, Iga Swiatek memulakan kempen WTA Finals penuh bergaya /AFP

RIYADH, 2 November- Pemain pilihan kedua, Iga Swiatek memulakan kempen WTA Finals dengan penuh bergaya apabila menundukkan Madison Keys 6-1,6-2 pada hari pertama kejohanan penutup musim ini.

Kemenangan itu merupakan kemenangan ke-62 Swiatek musim ini, menjadikan pemain terbanyak merekodkan kemenangan dalam jelajah WTA tahun ini.

Swiatek kini memburu gelaran WTA Finals keduanya, selepas menjulang trofi di Cancun dua tahun lalu. Kejohanan kali ini berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Keys, yang layak ke kejohanan ini buat kali pertama sejak 2016, merupakan salah seorang daripada empat wakil Amerika Syarikat dalam acara perseorangan lapan pemain di Riyadh minggu ini.

“Saya berasa amat gembira kembali ke Riyadh, lebih-lebih lagi kerana lokasi kejohanan ini sering berubah sejak beberapa tahun kebelakangan,” kata Swiatek, yang kini menyertai WTA Finals buat musim kelima berturut-turut.

“Secara jujur, saya puas hati dengan segalanya hari ini. Segala yang saya latih berjaya saya terapkan, dengan keseimbangan permainan kukuh dan agresif. Saya telah berlatih bersungguh-sungguh di Warsaw sebelum kejohanan ini, dan itu memberikan keyakinan kepada saya untuk terus maju dan berkembang sebagai pemain.” katanya.

Swiatek bermain hampir tanpa cela sepanjang perlawanan, menamatkan aksi dalam 61 minit.

Dengan keputusan ini, Swiatek kini mendahului Serena Williams, diikuti oleh Rybakina, Anisimova dan Keys.

Sementara itu, pemain pilihan utama Aryna Sabalenka serta juara bertahan Coco Gauff mengetuai Kumpulan Stefanie Graf, dan akan memulakan kempen masing-masing di Riyadh pada Ahad menentang Jasmine Paolini dan Jessica Pegula. -AFP

SITI NOORAIN ABDULLAH