BURNLEY, 2 November- Arsenal mengukuhkan kedudukan di pesada Liga Perdana Inggeris selepas menundukkan Burnley 2-0 di Turf Moor.
The Gunner membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 hasil sepakan penjuru oleh Declan Rice dan Gabriel Magalhaes sebelum Victor Gyokeres menyudahkan bola ke gawang gol.
Skuad bimbingan Mikel Arteta itu berada dalam kelas tersendiri apabila tandukan kencang Rice, menggandakan kedudukan.
Kemenangan iu menyaksikan Arsenal berjaya mengumpul 25 mata selepas 10 perlawanan, tujuh mata di hadapan Bournemouth di tangga kedua
Manakala Burnley kekal di kedudukan ke-17 dengan 10 mata.
Aksi lain menyaksikan Manchester United seri 2-2 menentang Nottingham Forest.
Ledakan Amad Diallo pada minit-minit terakhir memastikan Manchester United membawa pulang satu mata berharga dan melonjak ke kedudukan kelima, mengatasi seterunya Manchester City akan beraksi awal pagi Isnin.
Forest kekal di kedudukan ke-18 liga.
Chelsea pula menang 1-0 hasil jaringan Joao Pedro ketika menentang Spurs menjadikan ia kemenangan kelima berturut-turut dalam EPL.
Manakala Wolves kehilangan seorang pemain pada babak pertama selepas Emmanuel Agbadou dilayangkan kad merah, tewas 0-3 di tangan Fulham dan kini ketinggalan lapan mata daripada zon selamat.
Sementara itu, Crystal Palace kembali ke landasan kemenangan hasil tandukan Jean-Philippe Mateta serta jaringan sendiri Nathan Collins dari Brentford, menjadikan keputusan 2-0.
Danny Welbeck juga menjaringkan gol keenamnya musim ini, sementara Diego Gomez menambah dua gol lagi ketika Brighton membelasah Leeds 3-0.
Bournemouth, yang kini menghuni tempat kedua liga, dijadualkan menentang Manchester City pada Ahad ini. REUTERS/AFP