fb fb fb fb fb

KBS komited selesai isu bayaran insentif Olahragawan dan Olahragawati

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 September- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan membantu menyelesaikan isu bayaran insentif yang masih belum diterima sebahagian penerima Anugerah Olahragawan dan Olahragawati sejak tahun 1966.

Dalam satu kenyataan, KBS menegaskan pihaknya memandang serius perkara itu, namun menjelaskan sejak kementerian mula menganjurkan Anugerah Sukan Negara menerusi Majlis Sukan Negara pada 1984, tidak timbul masalah pembayaran kepada pemenang.

Sehubungan itu, KBS akan berunding dengan persatuan sukan berkaitan bagi meneliti jumlah sebenar insentif tertunggak serta mencari kaedah penyelesaian terbaik.

Kementerian turut memuji tindakan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yang telah menunaikan bayaran insentif kepada penerima Anugerah Sukan Negara 1970, selain menyambut baik langkah Olahraga Malaysia menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat isu tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, usaha proaktif ini diyakini mampu menyelesaikan masalah berkenaan segera dan pada masa sama memastikan penghormatan terhadap jasa atlet sentiasa terpelihara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD