fb fb fb fb fb

KBS komited infrastruktur sukan mudah diakses pelbagai lapisan masyarakat

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memastikan infrastruktur sukan di negara ini menjadi lebih mudah untuk diakses, bukan sahaja kepada atlet kebangsaan tetapi juga pelbagai lapisan masyarakat.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, langkah itu penting bagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

Menurut Hannah, KBS akan mengkaji kerjasama dengan pelbagai kementerian seperti Kementerian Pelajaran bagi membuka semua kemudahan sukan di sekolah buat orang ramai.

Beliau menjelaskan, "cara itu akan dapat membantu kerajaan menjimatkan kos daripada membina infrastruktur sukan baharu," katanya pada Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa Kuala Lumpur ke-14 di Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Hannah turut memaklumkan, KBS sedang mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan sukan bagi membincangkan hal berkaitan keperluan dan kebajikan atlet. 

Pihaknya kemudian akan mengumpul maklum balas hasil perjumpaan tersebut akhir Disember ini sebelum merangka dasar baharu dalam pembangunan sukan tanah air.

(Hannah Yeoh)

Media Baharu