fb fb fb fb fb

Kane terus menyinar di Bundesliga

Pemain Bayern Munich, Harry Kane meraikan gol pembukaan ketika menentang Heidenheim/FOTO AFP

MUNICH, 12 November-Harry Kane meneruskan sentuhan ajaibnya bersama Bayern Munich musim ini apabila menjaringkan dual gol ketika pasukan berkenaan menewaskan Heidenheim 4-2 pada Sabtu sekali gus melebarkan rekod jaringan terbanyak di liga tersebut.

Kane yang kini telah mengumpul 21 gol pada 15 perlawanan liga dan Liga Juara membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi rembatan dalam kotak penalti hasil lorongan Leroy Sane.

Kane yang juga ketua pasukan kebangsaan England, antara perpindahan termahal Bundesliga musim ini sekali lagi menjadi pemusnah apabila berjaya menanduk masuk gol kedua seminit sebelum rehat.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan pelawat, Heidenheim berjaya mengurangkan jurang apabila berjaya membuka jaringan buat pasukan berkenaan menerusi serangan balas pada minit ke-67.

Heidenheim akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 menerusi Jan-Niklas Beste hasil kesilapan para pemain pertahanan Bayern Munich.

Kedudukan seri 2-2 itu tidak bertahan lama apabila Raphael Guerreiro kembali meletakkan Bayern di hadapan dengan gol ketiga pasukan pada minit ke-72, sebelum Eric Maxim Choupo-Moting menjaringkan gol keempat pada minit ke-85 menerusi tandukan.

Sementara itu, Ketua jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel tidak berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh para pemain terutama pertahanan kerana membenarkan pasukan lawan menjaringkan gol sekali gus menyamakan kedudukan.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Heidenheim, Frank Schmidt memuji persembahan cemerlang Kane pada perlawanan berkenaan.

"Dia mempunyai kualiti tersendiri yang tidak ada pada pemain lain. permainan hari ini menunjukkan dia seorang pemain berkelas dunia", kata Schmidt.

Bayern Munich kni di tangga teratas liga Jerman dengan memungut 29 mata, satu mata di hadapan Bayern Leverkusen yang akan berentap dengan Union Berlin hari ini (Ahad).-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD