fb fb fb fb fb

Kampung Kesang Tua lokasi pilihan atlet Olimpik

JASIN, 11 Februari- Pemenang pingat emas sukan angkat berat Olimpik Tokyo 2020, Hidilyn Diaz memilih Kampung kesang Tua sebagai tempat latihan sukan itu.

Menurut Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Ahmad Janius Abdullah, sebelum ini rumah itu diduduki atlet dari Thailand dan India.

Kini seramai enam atlet angkat berat Singapura akan menduduki kawasan itu selama sebulan bermula Mac.

Biarpun kemudahan yang ditawarkan tidak bertaraf antarabangsa, namun kawasan itu menjadi pilihan mereka, berikutan jarak yang jauh dari bandar dan memberi kelainan kepada corak latihan mereka.

"Mereka datang ke Jasin untuk terhindar daripada kesibukan bandar dan mengatakan mereka tenang dan boleh fokus 100% berlatih di Jasin.

"Walaupun peralatan tidak canggih tetapi mereka memilih Jasin untuk berlatih," katanya selepas ditemui di Program Pencarian Bakat Sukan Angkat Berat di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, di sini.

Sebelum ini, tempat itu berjaya memikat skuad angkat berat Thailand untuk menjadikan Kampung Kesang Tua, Melaka sebagai pusat latihan menjelang Olimpik Paris 2024.

(Program Pencarian Bakat Sukan Angkat Berat di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua)

Media Baharu