fb fb fb fb fb

Kambundji lakar kejutan, muncul juara dunia 100m berpagar wanita

FOTO REUTERS

TOKYO, 15 September - Pelari Switzerland, Ditaji Kambundji mencipta kejutan apabila menjuarai acara 100 meter lari berpagar wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia dengan catatan rekod kebangsaan 12.24 saat, hari ini.

Atlet berusia 23 tahun itu, yang sebelum ini mencatat rekod peribadi terbaik 12.40 saat, tidak mampu menahan rasa terkejut sebaik menamatkan larian mengatasi 10 pagar sebelum melakar kemenangan bersejarah yang turut meletakkannya sebagai pelari ketujuh terpantas dunia dalam acara tersebut.

Pemenang pingat perak milik pemegang rekod dunia dan juara dunia 2022 dari Nigeria, Tobi Amusan dengan catatan 12.29 saat, manakala pelari Amerika Syarikat, Grace Stark meraih gangsa dengan 12.34 saat.

Juara Olimpik, Masai Russell sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan 12.44 saat, manakala juara dunia dua kali, Danielle Williams di tangga ketujuh dengan 12.53 saat.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE