fb fb fb fb fb

Duplantis pecah rekod lagi, rangkul gelaran dunia ketiga

FOTO REUTERS

TOKYO, 15 September - Mondo Duplantis sekali lagi melakar sejarah apabila memecahkan rekod dunia lompat bergalah buat kali ke-14 hari ini dengan catatan 6.30 meter pada percubaan ketiga, sekali gus merangkul gelaran dunia ketiga berturut-turut.

Pingat emas sebenarnya sudah terjamin buat atlet Sweden kelahiran Amerika Syarikat itu selepas berjaya melepasi ketinggian 6.00 meter, sebelum dia meminta palang dinaikkan satu sentimeter melepasi rekod terdahulu, 6.29 meter, yang dilakarnya di Budapest bulan lalu.

Dua percubaan awalnya gagal dengan margin tipis, namun sorakan penonton di Stadium Nasional Tokyo menyuntik semangat Duplantis untuk berjaya pada percubaan ketiga, dengan palang hanya bergegar sedikit sebelum kekal di kedudukan.

Atlet Greece, Emmanouil Karalis meraih perak sebagai satu-satunya peserta lain yang melepasi 6.00 meter, manakala atlet Australia, Kurtis Marschall menyamai rekod peribadinya 5.95 meter untuk menghadiahkan dirinya pingat gangsa dunia kedua.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE