fb fb fb fb fb

Kalahkan Metz, hadiah hari lahir bemakna buat Mbappe

Kylian Mbappe (kiri) dan Ethan Mbappe (kanan) selepas perlawanan menentang Metz/FOTO AFP

PARIS, 21 Disember-Bintang Perancis dan PSG, Kylian Mbappe menyambut hari lahir ke-25 nya dengan kegembiraan selepas pasukannya berjaya menewaskan Metz, 3-1 sekali gus melebarkan kedudukan selaku pendahulu liga Perancis dengan lima mata.

PSG yang sekadar mencatatkan keputusan seri ketika menentang Lille minggu lalu memperolehi gol pada babak kedua menerusi Vitinha pada minit ke-49 selepas menyempurnakan hantaran lintang Lee-Kang-in.

Mbappe kemudian menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-63 hasil rembatan menarik dari luar kotak penalti.

Metz berjaya merapatkan jurang menerusi gol oleh Matthieu Udol pada minit ke-72 sebelum Mbappe menjaringkan gol ketiga pada minit ke-83 sekali gus gol ke-18 sepanjang Liga Perancis.

Kejayaan berkenaan turut diserikan lagi dengan kehadiran adik Mbappe, Ethan yang berusia 16 tahun membuat penampilan buat skuad senior buat kali pertama.

Ethan dimasukkan pada minit-minit terakhir permainan.

Kemenangan itu membolehkan PSG mengumpul 40 mata mengatasi pencabar terdekat Nice dengan kelebihan lima mata.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD