fb fb fb fb fb

Peserta termuda berumur dua tahun sertai JCM Siri 4 2023

Lebih 300 pelumba mewakili pasukan negeri dan kelab seluruh negara dalam JCM Siri 4 2023

KANGAR, 21 Disember- Kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM) Siri 4 2023 di Perlis melibatkan lebih 300 pelumba mewakili pasukan negeri dan kelab seluruh negara.

Ia disertai pelumba berusia seawal dua tahun hingga 21 tahun melibatkan 18 kategori termasuk di lebuh raya, trek dan kriterium sekitar Perlis dan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.

Menurut Pegawai Eksekutif Junior Cycling Malaysia, Noraidillah Nazirah Abu Bakar, empat siri kejohanan itu merupakan program pembangunan untuk mencari pelumba terbaik untuk mewakili negeri dan negara di peringkat akar umbi.

Bagi Junior Cycling Malaysia 2024 akan melibatkan sembilan siri kejohanan di seluruh negara yang diharap mampu memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada peserta menerusi cabaran diharungi di setiap siri kejohanan.

"Kita boleh lihat penyertaan itu meningkat. Maksudnya kita pergi mana-mana negeri sampai kelab-kelab, negeri memang tidak pernah masuk. Pelapis negeri pun dia orang datang sebagai pasukan individu.

"Tahun depan kita akan letak penanda aras bahi setiap siri. Maknanya setiap penyertaan bagi siri itu kepada 700 penyertaan. KIta dah buat pelan, kita tengok sudah ada sembilan siri, maknanya enam acara lebuh raya dan tiga lagi trek," katanya kepada media pada Kejohanan Junior Cycling Malaysia Siri 4 2023 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, di sini.

Kejohanan dianjurkan Majlis Sukan Negara bersama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Persatuan Lumba Basikal Negeri-Negeri wajar diteruskan dan kerajaan negeri akan memberi sokongan padu.

"Kita akan tambah baik beberapa faktor daripada sudut penginapannya, tempat dan sebagainya. Kita alu-alukan sebarang aktiviti dan program membabitkan kayuhan berbasikal ini," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI