MILAN, 18 Mei - Juventus memecat pengurus pasukan berkenaan, Massimiliano Allegri susulan berkelakuan buruk ketika perlawanan akhir Coppa Italia minggu lalu, kata kelab berkenaan pada Jumaat.
Pada perlawanan berkenaan, Juventus menang menewaskan Atlanta 1-0, sekali gus memberikan kejuaran ke-15 Coppa Italia buat Juventus yang juga merupakan piala pertama dalam tempoh tiga tahun.
Allegri pula diperintahkan keluar padang pada minit akhir perlawanan susulan melakukan bantahan keras terhadap keputusan pengadil perlawanan.
Media Itali turut melaporkan pengurus berusia 56 tahun turut bergaduh dengan pegawai perlawanan, kakitangan kelab dan pengarah akhbar Juventus.
"Kelab mengumumkan pemecatan Massimiliano Allegri daripada jawatannya sebagai Ketua jurulatih pasukan utama Juventus", kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.
"Pemecatan itu dilakukan selepas tingkah laku pengurus berkenaan yang dianggap tidak sesuai dengan nilai dan norma yang diamalkan kelab", tambah kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dilaporkan sedang meneliti kejadian tersebut.
"Kami mengesahkan sedang meneliti perkara berkenaan yang berlaku pada perlawanan akhir Coppa Italia yang melibatkan Allegri dan Pengarah Akhbar Tuttosport, Guido Vaciago.
"Kes tersebut kini dalam penelitian pihak pendakwa raya Persekutuan Bola sepak Itali (FIGC)", kata Persatuan berkenaan dalam kenyataan.
Di bawah kendalian Allegri, Juventus lima kejuaraan Serie A dan empat kejuaraan Piala Itali.-REUTERS