fb fb fb fb fb

Brazil dipilih tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027

FOTO AFP

BANGKOK, 18 Mei- Brazil dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74.

Brazil menerima 119 undi daripada Kongres, mengalahkan bidaan bersama Belgium, Belanda dan Jerman yang memperoleh 78 undi.

Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.

FIFA sebelum ini menerima dua tawaran awal untuk menjadi tuan rumah acara 2027 itu, iaitu bidaan bersama oleh Amerika Syarikat dan Mexico dan bidaan tunggal dari Afrika Selatan tetapi kemudian mereka menarik diri untuk memberi tumpuan kepada bidaan untuk kejohanan pada tahun 2031.

Piala Dunia Wanita FIFA 2023 telah diadakan di Australia dan New Zealand, di mana Sepanyol merangkul gelaran juara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE