fb fb fb fb fb

Junior Elite, peluang lebih besar pemain junior ke pentas antarabangsa

(Kejohanan Badminton Petronas Bawah 18 tahun Kebangsaan yang berlangsung di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bercadang memperkenalkan program Junior Elite sebagai salah satu laluan memberi pendedahan kepada pemain junior di peringkat antarabangsa.

Jelas Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi inisiatif itu pemain tidak perlu menanti sehingga tamat peringkat Junior untuk merasai kejohanan antarabangsa.

Menurutnya, perbincangan akan dibuat dengan Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia BAM, Datuk Misbun Sidek bagi merealisasikan usaha berkenaan.

Beliau juga memberikan kebebasan kepada Misbun untuk memilih kejohanan antarabangsa buat pemainnya.

"Fokus saya untuk masa depan ialah dalam satu peringkat tertinggi senior kita ada pemain-pemain utama BAM, kita ada pemain-pemain 'independent', kita ada pemain junior elit kita yang akan dihantar berlawan (dalam kejohanan sama)," katanya.

(Tan Sri Mohamad Norza Zakaria)

Beliau ditemui di Kejohanan Badminton Petronas Bawah 18 tahun Kebangsaan 2022 di sini.

Media Baharu