fb fb fb fb fb

Jun Hao tewas menentang Nishimoto di Paris

Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao tewas pada aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, hari ini

PARIS, 27 Ogos - Hasrat Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk mara ke pusingan ketiga pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 tidak kesampaian.

Pemain ranking ke-25 dunia itu tewas 21-17, 13-21, 23-25 menentang Kenta Nishimoto dari Jepun.

Dalam saingan yang berlangsung di Adidas Arena, Paris menyaksikan Jun Hao berjaya mendominasi set pertama dengan baik namun tidak berupaya mengekalkan momentum kemenangan apabila tewas di set kedua.

Saingan di set penentuan berlangsung lebih sengit namun nasib tidak menyebelahi Jun Hao apabila tewas 23-25.

Ini juga adalah penampilan sulung Jun Hao pada Kejohanan Dunia.

Terdahulu Jun Hao mara ke pusingan kedua semalam selepas menumpaskan wakil Switzerland, Tobias Kuenzi yang berada di ranking ke-137 dunia dengan keputusan 21-14, 21-12 dalam tempoh hanya 31 minit.

ZAZALI JAMIAN