fb fb fb fb fb

Juan Mata sah sertai Melbourne Victory

bekas tonggak Sepanyol, Juan Mata / Foto REUTERS

MELBOURNE, 16 September - Bekas pemain tengah Sepanyol, Juan Mata, menyertai Melbourne Victory menjelang musim baharu selepas semusim bersama pencabar A-League, Western Sydney Wanderers.

Mata, 37, yang pernah beraksi bersama Valencia, Chelsea dan Manchester United, serta menjadi sebahagian daripada skuad Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010, hanya diturunkan dalam tujuh kesebelasan utama bersama Wanderers musim lalu dan kini mahu lebih banyak minit permainan di Melbourne.

“Saya bukan seseorang yang menuntut masa bermain semata-mata. Saya faham jurulatih perlu membuat keputusan secara adil dan saya setuju dengan itu.

"Tetapi saya gembira mendengar bahawa jurulatih Arthur (Diles) mahu bekerjasama dalam satu pasukan,” kata Mata kepada media Australia pada Selasa.

Beliau berkata, aura positif di kelab itu membuatkannya berasa seperti dialu-alukan.

“Saya bersemangat untuk membantu pasukan ini memenangi trofi serta menjadi sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk memperkukuh bola sepak di negara ini,” tambahnya.

Melbourne Victory, yang muncul naib juara A-League Finals musim lalu, akan membuka kempen baharu menentang Auckland pada 18 Oktober. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD