fb fb fb fb fb

Jonathan Nyepa, raja pecut Grand Final Varsity Track & Field 2023

Atlet pecut UPM, Jonathan Nyepa

KUALA LUMPUR, 20 November- Atlet pecut Universiti Putra Malaysia (UPM), Jonathan Nyepa menebus kekecewaan tahun lalu apabila dinobatkan selaku raja pecut di Grand Final Varsity Track & Field 2023 selepas memenangi pingat emas acara 100 meter (m) Diamond lelaki, pada Ahad.

Pada aksi akhir yang berlangsung di Arena Universiti Malaya (UM), pelari kebangsaan itu mencatat masa terpantas dengan catatan 10.66 saat (s).

Menurut Jonathan sasaranya pada musim ini adalah untuk memperbaharui catatan terbaik 10.51s namun gagal dicapai atas kepadatan jadual kejohanan sebelum ini.

"Untuk rekod catatan mungkin musim ini terlalu panjang buat saya, 'grand finale' pun dibuat pada akhir tahun berbanding sebelum ini, jadi untuk capai sasaran varsity di penghujung musim memang susah sedikit sebab ketika ini fokus saya adalah untuk tahun depan, cuma untuk aksi kali ini saya kekalkan catatan,"katanya.

Edisi lalu, Jonathan sekadar berpuas hati di tempat kedua mengatasi juara bertahan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muhammad Fakhrul Abdul Aziz yang kali ini terpaksa akur berada di kedudukan kedua dengan catatan 10.76s.

Pingat gangsa pula menjadi milik pelari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Aqil Yasmin ketiga (10.84s).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE