fb fb fb fb fb

Johor juara Ragbi 7s 2024

Foto RTM

KUALA NERUS, 17 Julai-Johor muncul juara berganda Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan 2024, sekaligus menamatkan penantian 10 tahun dalam kejohanan itu.

Johor mengungguli kategori Lelaki Terbuka dan Lelaki Bawah 21 Tahun.

Dalam aksi di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Terengganu,pasukan Johor membelasah Selangor dengan keputusan 22-0 bagi kategori Lelaki Terbuka.

Bagi kategori Lelaki Bawah 21 Tahun pula, Johor menundukkan Terengganu 26-12.

Lebih manis dua pemain skuad Johor, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi dan Mohamad Zariff Mohd Zaidy muncul pemain terbaik bagi kategori masing-masing.

Kejayaan itu membolehkan pasukan Johor membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing berjumlah RM5,000 dan RM 3,000.

Sementara itu,Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan bagi kategori Wanita Terbuka selepas menewaskan Perlis 15-5.

Manakala, Terengganu pula mengekalkan kejuaraan bagi kategori Wanita Bawah 21 tahun dengan menewaskan Selangor 17-0

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD