KUALA LUMPUR, 16 Julai-Beregu badminton lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan di temasya berkenaan.
Ia berdasarkan undian semalam, apabila pasangan negara diundi dalam Kumpulan A.
Jika dilihat di atas kertas, Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kelima dunia dijangka mudah untuk mara ke suku akhir
Satu-satunya cabaran sebenar mereka adalah beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang yang turut berada dalam kumpulan sama.
Berdasarkan rekod pertemuan, ia berpihak kepada pasangan China itu.
Kumpulan A juga membariskan pasangan Ben Lane-Sean Vendy dari England dan beregu Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura.
Acara badminton akan membuka tirai di Arena Porte de la Chapelle dari 27 Julai hingga 4 Ogos ini.