fb fb fb fb fb

Joe Ee beraksi disiplin gelung di Uzbekistan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 15 April - Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Ng Joe Ee berkemungkinan beraksi dalam disiplin gelung pada Kejohanan Gimnastik Berirama ke-15 di Tashkent, Uzbekistan yang berlangsung 2 hingga 4 Mei ini.

Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Petrina Low berkata disiplin itu mungkin paling selamat buat Joe Ee bagi mengelak kecederaan dialaminya sebelum Sukan Asia 2022.

Pihaknya enggan mengambil risiko, justeru memilih acara gelung kerana tidak memerlukan banyak lentikan.

Meskipun doktor memaklumkan tiada apa-apa yang serius, namun MGF mengambil langkah berhati-hati.

Petrina bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk Joe Ee bersaing dalam disiplin lain.

Ini bergantung kemajuan atlet gimnastik itu menjelang tugasan pertamanya iaitu Piala Boshporus Gimnastik Berirama di Istanbul, Turkiye, pada 19 hingga 21 April.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD